Ladang gaharu di Malaysia Gaharu

Di Malaysia, masyarakat Orang Asli biasanya akan masuk jauh ke dalam hutan untuk mengambil pokok gaharu. Ada kalanya mereka menceroboh kawasan hutan simpan.

Kini, ladang gaharu telah diusahakan syarikat Gaharu Technologies Sdn Bhd di kawasan seluas 113 hektar di Gopeng, Perak. Mengikut kajian, 400 pokok boleh ditanam di kawasan seluas 0.4 hektar dan boleh menghasilkan pendapatan sebanyak RM1.8 juta. Apabila mencapai 7-10 tahun, pokok gaharu mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok kerana semua bahagian pokok itu boleh diguna untuk pelbagai produk. Ladang gaharu berskala besar ini turut mendapat pelanggan dari syarikat minyak wangi terkemuka Asia Barat iaitu Ajmal.

Kajian mengenai kesesuaian penanaman pokok gaharu itu sedang dijalankan oleh beberapa agensi termasuk Lembaga Getah Malaysia. Kajian ini cuba mengenal pasti sama ada ia dapat menjadi tanaman sampingan di kebun kelapa sawit dan getah bagi menjana pendapatan alternatif kepada pekebun kecil.[5]